Thursday, November 5, 2009

Cinta tanpa restu...

Hurrmm... bila dengar tajuk di atas... aku jadi takut... takut jika cintaku tiada restu dr family... baik dr family sebelahku atau family sebelah lelaki... aku amat yakin sesbuah perkahwinan mahupun perhubungan perlu mendapat restu dr kedua2 belah family... ada org kata, tanpa restu sesuatu perkahwinan atau hubungan tidak akan kekal lama... ya... aku akui semua itu... tp aku juga yakin jika cinta tanpa restu itu jika difikir dan dicari jalan bg mendapatkan restu, juga adalah sesuatu yang baik... sebagai isteri kelak.. aku perlu tahu bagaimana mahu menjadi isteri dan menantu yang baik utk keluarga suamiku... aku juga perlu melakukan dengan seikhlas hati pada keluarga mertuaku... Aku amat yakin... peranan lelaki atau suami adalah sangat penting utk beroleh keberkatan dalam rumahtangga... suami kene la membantu isteri dan memainkan peranan untuk menyatupadukan sesebuah keluarga agar menjadi aman dan damai... Aku juga berharap aku dikurniakan suami yang dapat mendekatkan ku pada keluarganya... aku takut cinta yang aku bina mendapat tentangan dan tidak mendapat restu... dengar tajuk itu saja aku sudah menjadi seram... aku berharap sangat yang cintaku terhadap si dia mendapat restu dari keluarganya...

No comments: